
Pelawak Tauke dari kumpulan Jambu selamat melangsungkan pertunangannya bersama seorang gadis yang bernama Nadia pada Ahad lalu.
Majlis tersebut telah diadakan di kampung halaman tunangnya di Terengganu secara sederhana apabila hanya melibatkan keluarga terdekat sahaja.
Tauke, 39, memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin dan dibalas sembilan dulang dari pihak perempuan.
Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Bin Zakaria sudah mengenali Nadia yang merupakan seorang model sejak empat tahun lalu dan mereka merancang untuk mengikat tali pertunangan ini selama setahun.
Mengikut perancangan pasangan ini bakal disatukan pada Disember tahun hadapan.
Malah pasangan ini juga memberitahu akan mengumumkan tarikh pernikahan mereka sekiranya sudah menemui tarikh yang bersesuaian.

0 ulasan:
Catat Ulasan