Jumaat, 18 Disember 2015

Filled Under:

BALASAN ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT

Foto : green snake by XSini

Diriwayatkan suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, lalu datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid sambil menangis.
Rasulullah S..A.W yang melihat pemuda itu menangis pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Lalu orang muda itu menjawab, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kapan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."
Rasulullah S.A.W kemudiannya telah memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. mengikuti orang muda itu untuk melihat perkara yang diberitahu. Setelah tiba, Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W akan perkara tersebut, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, mayat itu kemudian bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, lalu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Lalu orang muda itu pun menjawab, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Pada zaman Abu Bakar r.a, siceritakan ada seorang lelaki meninggal dunia dan ketika mereka mahu menyembahyanginya, kain kapan itu tiba-tiba bergerak. Apabila mereka membuka, mereka meliihat ada seekor ular sedang membelit mayat tersebut. Ular tersebut juga memakan daging dan menghisap darah mayat itu.
mereka kemudia cuba membunuh ular tersebut. ketika mahu mencuba bunuh ular tersebut, ular itu berkata,"Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Para sahabat kemudian bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"
Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :"
1.    Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjemaah.
2.    Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3.    Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya orang yang meninggalkan solat




0 ulasan:

Catat Ulasan