Selasa, 22 Disember 2015

Punca sebenar Izreen Azminda, Sherry Ibrahim Terlibat Dalam Kemalangan Amat menyeramkan!

Dalam pada itu, Sherry Ibrahim dilihat memuat naik posisi kenderaan yang dinaiki mereka dan menceritakan detik cemas punca menyebabkan kemalangan sepanjang perjalanan malam itu.




Izreen Azminda, Sherry Ibrahim Terlibat Dalam Kemalangan !




MELALUI akaun Instagram, Izreen Azminda mengesahkan dia dan Sherry Ibrahim terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Perak, awal pagi tadi.


Bagaimanapun, Izreen memberitahu mereka berdua selamat.
“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya.

Kenderaan yang dinaiki oleh Izreen itu difahamkan terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Dalam pada itu, Sherry Ibrahim dilihat memuat naik gambar kenderaan yang dinaiki mereka di Instagramnya.
Rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua pelakon berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.





Isnin, 21 Disember 2015

6 Jenis Makanan Ini Menjadikan Kulit Lebih Lembut, Sihat Dan Cantik

6 jenis makanan ini pastinya akan membuatkan anda ditegur oleh orang ramai kerana memiliki kulit yang lebih cantik, sihat dan licin.


1. Dark Chocolate



Dark chocolate mempunyai “flavanoids” yang merupakan sejenis anti-oksidan untuk membuatkan kulit anda lebih nampak muda dari usia anda yang sebenar serta tona kulit menjadi lebih sekata.

2. Almonds/Badam





Kaya dengan vitamin E, badam membuatkan kulit kelihatan berseri, lembut, dan menawan serta dapat menghilangkan masalah jeragat, bintik-bintik dan kult kering.

3. Beri Hitam



Beri hitam berupaya menguatkan lagi tisu-tisu di dalam tubuh badan dan kaya dengan anti-oksidan.

4. Salmon


Percaya tak anda sebenarnya salmon boleh menghilangkan jerawat di wajah anda? Di samping itu, ianya juga dapat mengatasi masalah kulit kering.

5. Teh Hijau



Formulasi kosmetik yang mengandung teh hijau adalah pilihan yang baik, kerana teh hijau mengurangi kerosakan kulit akibat sinar matahari. Polifenol dalam teh hijau dapat memperlambatkan proses penuaan.

6. Karrot/Lobak




Buah lobak mengandungi provitamin A yang mampu melawan sinaran UV.


'DIA HANYA KERANI SEUMUR HIDUP, TETAPI LIHATLAH RUMAHNYA INI'


Ini adalah rumah seorang rakan saya yang pernah berkerja satu office. Dia hanya seorang kerani dari awal bekerjaya sehingga umur beliau sekarang 58 tahun. Beliau masih lagi kuat bekerja. Saya agak kagum sebab beliau antara satu-satunya kerani yang dilanjutkan kontrak setelah melalui umur pencen wajib pada umur 55 tahun. Waktu itu umur persaraan belum dinaikkan kepada umur 60 lagi.


Siapa yang mengenali dia memang tahu beliau adalah seorang yang sangat berjimat. Uncang duit syiling beliau kerap jadi selokaan kami sampai kami segan suruh dia bayar makan breakfast sebab dia bayar teh tarik dan sekeping roti canai dengan syiling 5sen, 10 sen, 20 sen.

Tidak kurang juga orang yang melabelkan dia 'Tangkai Jering' atau kedekut termasuk saya sendiri satu masa dulu. Tapi sebenarnya ramai orang tidak tahu keperibadian sebenar beliau. Orang kedekut biasanya tidak disenangi, tetapi yang peliknya kenapa beliau sebaliknya?

Bagi saya yang mengenali beliau, beliau adalah orang yang sangat ringan tulang membantu orang lain, Kalau bab tolong orang dia memang cepat jer. Tak pelik beliau pernah mendapat anugerah 'Best Customer Service'. Jangan pelik perempuan cantik seksi pun tak dapat, pakcik yang selalu tergagap ini yang dapat. Lagi pelik selalu menjadi top Lead Generator dalam sales di peringkat region and nationwide.

Di sebalik uncang syiling yang diusung ke sana ke mari dan pelbagai label dibagi, beliau sangat cool dan tak ambil peduli orang kata. Beliau seorang yang melebihkan keluarga, isteri dan anak-anak. Anak beliau sendiri dihantar belajar ke luar negara dan masa tu dia bagitahu saya sebahagian besar gajinya untuk perbelanjaan pelajaran anak beliau. 

Jangan pelik beliau tiada hutang-hutang yang jahat. Kereta waktu itu pun sudah lama habis bayar, sampai sekarang itulah, kereta Proton Waja lamanya itu. Isteri beliau pun hanya bekerja sebagai pembantu di klinik. Bagaimanakah mereka mampu mengaturkan kehidupan mereka dengan gaji yang sangat sederhana? Mungkin tidak semua orang mampu.

Kalau cerita bab belanja orang di kedai memang susah nak nampak, Tapi beliau selalu bawa makanan dari rumah bagi makan pada rakan-rakan office. Dulu saya sendiri pernah labelkan beliau kedekut tapi itulah pemikiran yang tidak matang sehingga tidak dapat membezakan orang berjimat dengan orang kedekut. 

Orang kedekut sebenarnya adalah orang yang mementingkan diri sendiri hingga menganiaya orang lain. Pakcik ini sepanjang perkenalan saya tidak pernah menganiaya saya. Cuma sekadar belanja dia secawan teh tarik dan roti canai. Tetapi balasan beliau jauh lebih besar. 

Sewaktu kereta saya pernah rosak, dia pernah menunggu saya sampai ke tengah malam. Barang-barang berat semua dia yang angkat, walaupun umur beliau hampir 30 tahun lebih tua dari saya. Bukan saya tak kuat nak angkat, dia yang suka tunjuk kuat.

Lihatlah rumah beliau sekarang, mungkin orang yang berpangkat besar juga belum tentu dapat apa yang beliau ada hari ini hasil penjimatan beliau bertahun-tahun dengan keadaan bukan seorang individu dan pasangan yang berpangkat dan bergaji besar. Rumah ini juga beliau bina secara tunai tanpa hutang. Mungkin saya tidak mampu mengikut cara perbelanjaan dan kehidupan beliau. Tetapi ada banyak pengajaran yang harus diambil kisah walaupun tidak semua, mampu menjadi benteng dan pemangkin jalan kehidupan yang mungkin masih jauh. Sekurang-kurangnya kita belajar untuk beringat.


Jangan merendah diri jika sekarang kita berpangkat kecil. Tetapi susahkanlah hati kalau hari ini kita bergaji besar Tetapi seperti tiada apa-apa. - Khairul Ezuwan


Tuan Rumah Majlis Kahwin Paling Menyampah Bila Terpaksa Hadap 7 Jenis Tetamu Ini. Terasa?


Sejujurnya, admin adalah orang yang tak berapa rajin nak ke kenduri kahwin. Tapi, disebabkan selalu kena paksa dengan keluarga, admin ni pergi jugalah. Katanya nanti bila admin dah kahwin takde pulak yang nak datang.


Namun, apa yang diperkatakan oleh Arif Sukri ni ada benarnya apabila rata-rata tuan rumah terpaksa senyum kelat apabila berhadapan dengan tetamu macamni.

Musim kenduri datang lagi. Paling menyampah bila kenduri ada orang yang;


1. Mengumpat pengantin. Lelaki dia tak sesuai dengan isterilah, isteri dia muda sangatlah, suami dia gelap, isteri gemuk, tak sama darjat, berbeza negerilah. Akak segak sangat ea?
2. Lekehkan makanan yang terhidang. Lauk ni tak sedap, kedekut lauk. Makanan sampingan tak ada. Nak apam balik, mee rebus, ais krim, char kuetiaw. Makcik nak aneka juadah, gi pasar malam lah. Banyak di sana.
3. Hina bilik pengantin. Pakai tirai lama, bilik tak cat baru, cadar tak matching dengan dinding. Siapa nak tidur di bilik tu sebenarnya, makcik ke pengantin?
4. Tak bersyukur bila dapat buah tangan. Rumah besar kenapa dapat bunga telur je? Ceh, coklat 20 sen, kain tuala..surah yasin.
Haa, elok dia bagi surah yasin. Mudah-mudah makcik mati nanti senang anak-anak nak bacakan.
5. Kenduri suram. Tak ada DJ radio, kompang, karaoke…pelamin. Orang mukmin tak harap sambutan begini.
6. Orang dah jemput gi kenduri dia tak mari. Bila orang tak panggil itu pula yang dia nak pergi.
7. Dah makan tapi nak bungkus bawa balik rumah. Adalah benda dia nak minta bungkus. Daging, gearbox, acar, bubur, laksa…Majlis tak habis lagi dia dah sibuk usung plastik. Eh…
Kenduri sepatutnya jadi suatu majlis yang eratkan silaturrahim, bukannya majlis mengumpat dan keramaian dosa.
Tuan rumah sudah berusaha melaksanakan yang terbaik, kita sebagai tetamu jagalah adab dan etika. Semua tak kena macam kita sahaja yang sempurna.
Kalau niat anda ke majlis walimah hanya untuk mengkritik dan mengumpat tuan rumah..batalkan niat.
Takut orang di sana makan daging lembu dan ayam. Awak makan daging sedara sendiri.


Kisah Benar 5 Orang Yang Terlepas Dari Hukuman Mati

1. Anne Green



Anne Green dihukum mati dengan cara digantung ketika berumur 22 tahun.

Pada masa itu, hukuman gantung dilaksanakan dengan cara banduan disuruh mengalungkan sendiri tali ke lehernya.

Setelah tergantung selama 1/2 jam, tubuh anne diturunkan dan diberikan pada pihak universiti sebagai bahan kuliah anatomi.

Namun, setelah sampai di kampus,peti dibuka dan doktor mendengar suara penafasan dari tenggoroknya.

Mereka segera memberinya minum.

Dua belas jam setelah dihukum, Anne sudah dapat bercakap beberapa kata.

Beberapa tahun kemudian Anne akhirnya menikah dan mempunyai 3 orang anak, serta dapat hidup 15 tahun lagi setelah peristiwa hukuman yang membuatnya terkenal itu.

Setelah kes ini, banduan mati digantung dengan cara dijatuhkan dari ketinggian tertentu untuk mematahkan lehernya, sehingga dapat mati secara cepat.

2. John Henry George Lee

John merupakan seorang pembantu di rumah Miss Emma.

Suatu hari, Miss Emma ditemui mati dengan leher yang terpotong pisau dan rumahnya terbakar.

John kemudian dinyatakan bersalah dan dihukum gantung.

Menurut jadual, John akan dgantung pada 23 Februari 1885 di Exeter Prison.

Ketika tiba harinya, John dibawa keluar dari selnya untuk menuju tempat hukuman.

Namun, trap door (pintu penyekat antara zon penjara) sangkut tidak bergerak.

Bukan hanya sekali dua kali, tetapi tiga kali.

Di tengah kebingungan pihak penjara dan eksekutor, John dikembalikan ke sel nya.

Dan beberapa hari kemudian, hukumannya diubah menjadi dipenjara seumur hidup.

3. William Duell

Ketika berusia 16 tahun, William dihukum mati dengan cara digantung akibat tuduhan merogol dan membunuh terhadap seorang gadis di Village of Tyburn, London.

Sama seperti Anne, mayat William rencananya akan dimanfaatkan di kuliah medical training, sesuai dengan prosedur regular pada waktu itu.

Setelah dinyatakan mati, mayatnya dibawa ke universiti.

Kemudian setelah pakaian nya dilucuti dan diletakkan di atas papan, ada seorang petugas makmal yang menyedari bahawa William masih bernafas.

Makin lama, William bernafas makin cepat.

Dalam 2 jam, dia sudah dapat duduk.

Malam itu juga,kerajaan memutuskan untuk mengubah hukumannya menjadi hukuman kurungan.

4. Joseph Samuel

Joseph dihukum mati dengan cara digantung setelah dituduh melakukan rompakan rumah seorang wanita kaya dan polis yang menjaga rumah tersebut ikut dibunuh.

Joseph memang mengakui pertuduhan tersebut.

Namun,dia menyatakan bahawa dia tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.

Joseph merompak rumah tersebut bersama gengnya.

Ketua geng dilepaskan kerana kurangnya bahan bukti.

Pada 1803, Joseph dibawa bersama banduan lain ke Parramatta, di mana sudah ada ratusan orang yang datang untuk melihat hukuman ini.

Setelah berdoa, Joseph naik ke atas gerabak dan di lehernya dikalungkan tali.

Setelah siap, gerabak tersebut ditarik.

Bukannya menggantung tubuh Joseph, tali tersebut malah putus.

Di cuba lagi, tetapi kali ini tali tersebut juga putus.

Di tengah keriuhan penonton, di cuba lagi untuk kali ketiga.

Tali tersebut kembali putus.

Kali ini petugas di lokasi memberitahu gabenor tentang peristiwa ini.

Setelah mengetahuinya,gabernur mengubah hukuman Joseph menjadi dipenjara seumur hidup.

Gabenor dan petugas lain yakin bahawa kejadian tersebut merupakan petunjuk dari Tuhan, bahawa tidak seharusnya Joseph mendapat hukuman tersebut.

5. Wenseslao Moguel

Moguel dihukum mati dengan cara ditembak oleh pasukan tembak polis.

Dia ditembak 9 kali,termasuk 1 peluru terakhir yang ditembakkan ke kepalanya oleh komander pasukan dalam jarak dekat untuk memastikan kematiannya.

Entah bagaimana, Moguel dapat bertahan hidup dan merancang untuk melarikan diri.

Moguel pulang ke kampungnya untuk menikmati sisa hidupnya yang sangat berharga tersebut.

Foto di atas diambil pada tahun 1937 di acara Ripley's Believe It or Not.


Dimana Moguel memperlihatkan tanda bekas peluru yg menembus kepalanya dari jarak dekat.


6 Perkara Rusia Perlu Berfikir Sebelum Serang Turki

Menembak pesawat Sukhoi 24 Rusia di atas wilayah udara Turki pada hari Selasa (24 Nov) mengheret hubungan pemerintahan Ankara dan Moscow dalam bibir jurang perang tentera terbesar di abad ke-21.



Selain pemutusan hubungan diplomasi sepihak yang dilakukan oleh kerajaan Putin pada minggu lalu, Moscow juga merancang akan memutuskan hubungan ekonomi dengan Ankara yang dituduh sengaja menembak SU 24 di wilayah sempadan Syria.

Akan tetapi apa saja yang harus diberi perhatian oleh Rusia jika benar-benar ingin menggelar pencerobohan tentera terhadap Turki?

Berikut laporan Journal of America "National Interest" mengenai 6 perkara yang perlu difikirkan Rusia sebelum menyerang Turki:

1. Pesawat F-16 dan Peluru berpandu Jarak Menengah AIM-120 AMRAAM

Angkatan Udara Turki mempunyai sekurang-kurangnya 250 pesawat F-16, dan 30 di antaranya adalah F-16 Blok-50 yang merupakan versi terbaru dari pesawat ini.

Selain mempunyai ratusan pesawat udara, pesawat-pesawat F-16 Turki juga dilengkapi dengan peluru berpandu jangka sederhana AIM-120 AMRAAM yang mampu menjangkau sasaran sejauh 50 kilometer. Sebuah ancaman nyata bagi Tentera Udara Rusia.

Selain terkenal dengan ketepatan sasaran yang tepat, peluru berpandu AIM-120 AMRAAM juga boleh dilancarkan dari permukaan tanah ke udara.


2. Alat Gangguan Elektronik (Coral)


Ini adalah peralatan perang elektronik terbaru yang dibuat untuk mengelirukan dan menipu radar dan peralatan elektronik musuh baik di permukaan tanah, laut maupun udara.

Coral boleh digunakan untuk menggagalkan sasaran serangan musuh terhadap kemudahan-kemudahan ketenteraan milik Turki.

Peralatan yang dihasilkan oleh syarikat senjata dalam negeri "Oslaslan" mempunyai liputan 150 kilometer persegi.


3. Kapal Selam Kelas Gore

Mempunyai 4 kapal selam kelas Gore yang dihasilkan oleh Jerman, kapal selam yang boleh diam di dalam air ini boleh menjadi pembunuh tersembunyi bagi peralatan ketenteraan Rusia yang ditempatkan di Laut Mediterranean.

Kapal selam kelas ini dilengkapi dengan peluru berpandu Harpoon anti-kapal dan Tiger Fish peluru berpandu.

4. Kapal Peneroka Model "Ada"


Kewujudan kapal jenis ini merupakan ancaman serius bagi peralatan ketenteraan Rusia yang beroperasi di Laut Mediterranean. Direka dan dibina oleh anggota tentera Turki, kapal jenis Ada dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Harpoon, dan meriam canggih dengan kelajuan tinggi.


5. Pasukan Khusus 'Katak' Turki


Merupakan unit terbaik di antara pasukan elit Turki, pasukan 'Katak' Turki boleh bekerja di semua lingkungan, dan menyelinap di belakang garis musuh baik dari laut ataupun darat.

6. Nato

Dan terakhir yang harus diambil kira Rusia jika ingin menyerang Turki adalah Pertubuhan Perjanjian Atalantik Utara atau yang dikenal Nato.


Perlu diketahui bahawa negara-negara anggota Nato wajib ikut serta membela jika ada salah satu anggotanya yang diserang.